INFO

2018年10月12日星期五

Kampus Astro Kembali Berfungsi


Setelah penyemakan dilakukan oleh pihak sekolah dengan pihak Astro, didapati akaun Kampus Astro masih aktif dan boleh digunakan. Kerja-kerja penyelenggaraan telah dilakukan oleh pihak Astro pada 08-09/10/2018. Sekarang Kampus Astro telah diletakkan di ruang legar Pusat Sumber sekolah dan berfungsi dengan baik.

Antara siaran yang boleh ditonton adalah :
101, 102
551, 553, 554, 555, 556
601, 602, 603, 610, 611, 615
801

Terima kasih Astro
Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia

2018年9月25日星期二

Tinjauan Kepuasan Pelanggan Untuk Komponen Pengurusan Perubahan (Change Management) Bagi Perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2

Pelaksanaan tinjauan akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 1 September 2018 hingga 30 September 2018 di pautan sepeti berikut :

1. Untuk Pentadbir (Pengetua / Guru Besar)

2. Untuk Guru / Murid / Ibu Bapa

BIL
KATEGORI
JENIS SEKOLAH
Bilangan Responden Yang Diperlukan
MURID
GURU
IBUBAPA
PENTADBIR (Wajib)
1
 Bandar
Rendah 
30
20
30
1

Galak Guna Program VLE Di Sekolah

Langkah-langkah bagi peningkatan galak guna Frog VLE yang boleh dijadikan sebagai panduan :

1. Menyertai pertandingan FROG Championship : Level Up 2018 anjuran FrogAsia yang sedang berlangsung bermula pada 6 Ogos 2018 dengan tema mata pelajaran mengikut bulan :

September : Bahasa Inggeris
Oktober : Sains
November : Misteri

Guru akan menggunakan laman Boost (Bahan sedia ada mengikut silibus untuk setiap topik) yang boleh diakses melalui QuickLaunc dan FrogPlay untuk latihan pentaksiran atau latih tubi.

2. Maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini boleh didapati melalui laman sesawang https://www.frogchampionships.com/. Pihak sekolah juga boleh hubungi meja urus setia melalui email champions@frogasia.com.

3. Optimumkan penggunaan FrogPlay dalam VLE seperti memberi tugasan atau latih tubi kepada pelajar termasuklah pengurusan kelas ganti, kelas tambahan dan sebagainya.

4. Sekolah yang ada Pusat Akses, boleh buat jadual (musim cuti sekolah) dan buka pusat tersebut untuk murid menjawab soalan-soalan guru melalui lama boost atau FrogPlay yang ditugaskan kepada pelajar.