SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH


  1. 1918 - Ditubuhkan dengan menggunakan nama Nan Hwa
  2.  1922 - Pungutan derma untuk membina bangunan baru  beralamat di Jalan Lipis dijalankan dan bertukar nama kepada Chong Hwa
  3.  1924 - Sekolah Ching Wen ditubuhkan  beralamat di Jalan Pekeliling (dikenali sebagai SMK Chung Ching)
  4.  1929 - Bangunan Sekolah Chong Hwa siap dibina ( sama tempat dengan SJKC Chung Ching sekarang )
  5.  1942 - Kedua-dua buah sekolah diperhentikan kerana pencerobohan tentera Jepun dan digunakan sebagai markas tentera Jepun.
  6.  1945 - Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Sekolah Chong Hwa dijadikan markas tentera British. Pihak lembaga pengelola kedua-dua buah sekolah iaitu Sekolah Ching Wen & Sekolah Chong Hwa bercadang supaya kedua-dua buah sekolah tersebut dibuka semula.
  7.  1945 - Pada 1hb Disember, perasmian pembukaan  sesi persekolahan dilangsungkan di Sekolah Ching Wen dan bertukar nama sekolah kepada‘Sekolah Gabungan Chong Hwa Ching Wen’ .
  8.  1947 - Pertama kali kelas menengah dibuka dan nama sekolah dibubar kepada ‘Sekolah Menengah & Rendah Chung Ching’ .
  9.  1958 - Disebabkan polisi Dasar Pendidikan Negara, Sekolah Menengah & Sekolah Rendah terpaksa dipisahkan. Sekolah Menengah bertempat di Jalan Lipis dan Sekolah Rendah pula bertempat di Jalan Pekeliling.
  10.  1962 - Kedua-dua pihak lembaga pengelola sekolah bermesyuarat dan mencapai persetujuan iaitu setuju menukar lokasi sekolah berkenaan. Sekolah Rendah Chung Ching ditukar ke Jalan Lipis manakala Sekolah Menengah ditempatkan di Jalan Pekeliling.
  11.  1982 - Pembinaan bangunan baru empat tingkat susulan kekurangan bilik darjah.
  12.  1983 - Perasmian bangunan baru empat tingkat oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Dr Tan Tiong Hong, Ahli Parlimen kawasan Raub.
  13.  1992 - Pengetua SMK Chung Ching  Encik Wong Hin Seng bertukar dan menjadi Guru Besar sekolah ini.
  14.  1997 - Encik Ng Kim Eng menjadi Guru Besar. Sekolah mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk membina bangunan baru empat tingkat.
  15. 1999 - Projek pembinaan bangunan baru empat tingkat bermula.
  16.  2000 - Bangunan baru empat tingkat siap dibina. Puan Chow Siew Cheng menjadi Guru Besar .
  17.  2001 - Cadangan melaksanakan Program Bestari dan seterusnya menganjurkan  sesi latihan untuk semua guru.
  18.  2002 - Pelaksanaan Program Bestari.
  19.  2003 - Pembinaan dua buah bilik darjah baru. Pemansuhan sesi petang.
  20.  2004 - Pengubahsuaian empat buah bilik darjah dijadikan bilik ICT. Kos tersebut ditanggung oleh pihak Kementerian. Sebanyak  40 buah komputer dibekalkan.
  21. 2006 - Bilik Akses ( Internet ) diwujudkan oleh Kementerian.
  22. 2007 - Cadangan membina dewan sekolah oleh PIBG, Lembaga Pengelola dan Persatuan Murid-Murid tua Chung Ching diluluskan dengan sebulat suara dan mendapat sokongan kuat daripada  Nanyang Siang Pao, syarikat Carlsberg dan dermaan orang ramai. Malam Amal 10 Penyanyi dilangsungkan pada 2-11-08 . Pada bulan Disember, dewan sekolah siap dibina.
  23. 2008 - Pelaksanaan Pendidikan Pra Sekolah. Dewan sekolah siap dibina.
  24. 2016 - Perasmian Smart Class Room.
  25. 2018 - Bilik Akses telah ditukarkan lokasi ke Bilik Fail (Sebelah Bilik Guru).

没有评论:

发表评论

本校三位学生参加了由劳勿县教育局举办的STEM绿色能源城市设计比赛,并获得了参赛证书,表现不俗!

  代表的学生分别是: 1. 黄依涵 6B 2. 杨玥琳 6B 3. 邓卉琪 6I 希望参赛的学生能从比赛中获取宝贵的经验与知识,继续为校争光!非常感谢老师们的付出与指导,顺利地完成该比赛